Peraturan Makmal

Peraturan Makmal Komputer

  1. Sila pastikan anda membasuh kaki sebelum masuk ke dalam makmal

  2. Pakai selipar yang disediakan semasa anda berada di dalam makmal

  3. Pastikan laci dan kawasan meja anda bersih daripada sampah dan habuk

  4. Jangan membawa sebarang makanan, minuman atau item yang tidak berkaitan ke dalam makmal

  5. Jangan makan dan minum sepanjang anda berada di dalam makmal

  6. Dilarang keras menconteng meja, kerusi atau peralatan yang terdapat di dalam makmal

  7. Jangan cuba “on suis” peralatan komputer tanpa kebenaran guru

  8. Tidak dibenarkan membuka “volume” speaker tanpa kebenaran guru

  9. Tindakan disiplin serta merta akan dikenakan kepada pelajar yang cuba melayari laman web lucah

  10. Sila “shut down” komputer mengikut arahan yang tepat

  11. Jika komputer anda mengalami kerosakkan, sila beritahu guru anda. Jangan cuba membaikinya sendiri.

  12. Sila pastikan semua peralatan komputer di susun kemas sebelum meninggalkan makmal

  13. Susun selipar dengan teratur sebelum keluar dari makmal

  14. Jika berlaku kecemasan, segeralah keluar dari makmal tanpa berasak-asak

Sila patuhi semua peraturan makmal demi kebaikan bersama