Untuk mendapatkan pengalaman terbaik, kami mencadangkan supaya anda mengikut kursus MEA melalui komputer.
Berikut ialah aliran perjalanan kursus MEA:
Sila ikuti kursus MEA berdasarkan turutan modul dan anda harus menguji kompetensi diri sebanyak tiga kali iaitu pada peringkat prakursus, pascakursus dan selepas tiga bulan pascakursus.
Untuk lulus kursus MEA, anda perlu lulus keenam-enam pentaksiran modul dengan mencapai sekurang-kurangnya 70% markah. Semua pentaksiran boleh dijawab semula sehingga anda mencapai 70% markah.
Untuk mendapat sijil pencapaian MEA, anda perlu lulus kursus MEA dan mengisi tinjauan kompetensi diri prakursus dan pascakursus.
Pautan ke tinjauan kompetensi pascakursus akan diberikan di portal semakan keputusan dan e-mel anda apabila anda lulus kursus MEA.
Akhir sekali, kami telah sediakan Ruang Inspirasi untuk perkongsian detik "A-ha!" anda sepanjang kursus MEA.
PENTING:
Sila pastikan anda menguji kompetensi literasi media dan maklumat diri prakursus terlebih dahulu sebelum memulakan Modul 1.