Tarian Canggung





   Tarian ini popular di Perlis, iaitu sebuah negeri yang bersempadan dengan negara Thailand. Sebab itu, terdapat pengaruh kesenian Thailand di dalam tarian canggung. Di Thailand, canggung bermaksud penari.

  Tarian ini sering dipersembahkan sewaktu festival dan juga di upacara perkahwinan.

  Tarian ini dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan para penari perempuannya memegang sapu tangan. Para penari akan menyanyi sambil menari. Mereka menyanyikan pantun-pantun Melayu yang terkenal mengikut rentak dan irama muzik.

  Alat muzik yang mengiringi tarian canggung ialah gong, biola, dua buah rebana dan sebuah gendang ubi. (http://www.angelfire.com/nb/norin/canggun.html)

Tarian
Canggung

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Canggung
Comments