Pada 14 -17 Jun 2010, kami telah berpeluang menyertai Program Lawatan Kerja bersama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawatan yang disertai 30 orang Pegawai PPDa dari seluruh negara ini memberi banyak manfaat kepada kami.Dalam lawatan ini, kami berpeluang menyaksikan kaedah yang digunakan oleh kerajaan Vietnam untuk memerangi gejala penyalahgunaan dadah di kalangan penagih.
Pelbagai langkah intervensi dan pendidikan diberikan kepada penagih. Antaranya setiap penagih yang telah berjaya dipulihkan akan diselia oleh 5 agensi penguatkuasaan。 Selain itu, mereka juga diberi pendidikan kemahiran hidup agar mereka mempunyai kemahiran untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Pihak kerajaan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas penagih.
Kami berharap dengan adanya lawatan ini, akan memberi panduan kepada Unit PPDa untuk melaksanakan tugas dan memberi cadangan kepada pihak kerajaan Malaysia akan langkah-langkah pendidikan pencegahan dadah yang boleh membantu mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia.
|