Orientasi PPDa-PETRONAS Sekolah Menengah

Pengenalan

Permuafakatan program PPDa antara Kementerian Pelajaran dan PETRONAS yang termeterai adalah sejajar usaha semua pihak memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. Fokus pelaksanaan program adalah kepada aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang memberi peluang kepada pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang akibat penyalahgunaan dadah dan langkah pencegahan untuk menghindari diri dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Ia juga selari dengan usaha membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Selain itu ia membentuk nilai PPDa iaitu budaya sihat, tingkah laku positif, amalan nilai murni dan sikap benci dadah dalam kalangan warga sekolah.
Tujuan program ini  juga adalah untuk  mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah selain menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat pelajar daripada terlibat dengan dadah. Melalui permuafakatan tersebut ia memberi peluang penglibatan ramai pelajar dan memberi pengalaman kepada pelajar untuk meningkatkan motivasi ke arah kecemerlangan hidup.
Pada tahun 2010 program ini diadakan di SMK Ayer Keroh, Melaka. Sebanyak 38 buah sekolah mengambil bahagian kali ini. Seramai 293 orang murid mendaftarkan diri. Terima kasih kepada semua fasilitator yang membantu menjayakan program ini. Jasamu amat dihargai. Unit PPDa JPM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Chuah Soo Lian dan pegawai-pegawai PETRONAS atas kesudian hadir dalam program ini.
Tuan Haji Badrul Hisham Abd Karim Penolong Pengarah Sektor Intervensi, Kesihatan dan Asrama menyempurnakan majlis penutup program. Unit PPDa
 
 
       
       
       
     
       
       
                   
 
Comments