Laporan Ringkas Aktiviti / Mesyuarat 2012 (1)

 
LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN UNIT PPDa BERSAMA PPD
 
TARIKH: 6 Januari 2012
Masa : 2.45 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Melati
 
 Rumusan Mesyuarat:
 
i) Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua PPD atas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2011.
ii) Mengucapkan tahniah kepada SK Tangga Batu atas kejayaan mendapat johan dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan
iii) Mengucapkan tahiah kepada SMK Bukit Baru ()sudut PPDa) dan SMK Seri Pengkalan (Bilik Sumber PPDa) kerana mendapat tempat ketiga dalam kategori masing-masing di peringkat kebangsaan
iv) Mengucapkan terima kasih kepada Unit Kokurikulum dan semua unit dalam Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan kerana banyak membantu Unit PPDa.
v) Mengucapkan terima kasih kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, Bahagian Penguatkuasa Farmasi JKM, dan mereka yang membantu Unit PPDa sepanjang tahun 2011.
 
Ujian Urin
i) Ujian Urin akan dijalankan seperti yang dirancang.
ii) Kaji Selidik semasa ujian urin juga akan dijalankan seperti yang dirancang.
iii) Meminta PPD (Unit HEM) membantu dalam pengurusan Ujian Urin.
iv) Akan berbincang dengan AADK kaedah pelaksanaaan Ujian Urin
v) Menjemput semua wakil PPD untuk hadir ke mesyuarat bersama AADK pada 16 Januari 2012.
 
Pengurusan Program Soal Selidik
i) Program Soal Selidik Tingkah Laku Murid akan dijalankan semasa Ujian Urin dijalankan.
ii) Buat masa ini akan dikendalikan oleh Pegawai di JPN atau PPD
iii) Guru akan memasukkan data dapatan soal selidik
iv) Data dapatan perlu dihantar semula ke Unit PPDa (untuk perhatian Cikgu Loh - Penolong Pengarah PPDa selewat-lewatntya 14 hari melalui email ppdajpmelaka@gmail.com dan cikguloh@gmail.com)
 
Karnival PPDa
i) Akan dijalankan mulai bulan April 2012
ii) 21 April 2012 : Daerah Melaka Tengah
iii) 28 April 2012 : Daerah Alor Gajah
iii) 12 Mei 2012 : Daerah Jasin
iv) 19 Mei 2012 : Peringkat Negeri.
v) Program ini akan dijalankan jika ada peruntukan.
vi) Akan memohon kerjasama dengan AADK Negeri dan Daerah.
 
Ucapan Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Berharap semuya program yang dirancang akan dapat dijalankan dengan baik.
 
 LAPORAN MESYUARAT PENGURUSAN BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI DAN PEMADAM
 
TARIKH: 16 JANUARI 2012
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT MELATI
 
 
 
 
 
 
 Rumusan Mesyuarat
 
Agenda 1: Ucapan Pengerusi
 
i) Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi atas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2011.
ii) Cuba mengatasi masalah penyalahgunaan dadah termasuk inhalan, arak, rokok, dan HIV Aids)
iii) Hasil kerjasama yang diberikan 3 buah sekolah mendapat hadiah utama Pertandingan Sudut/ Bilik PPDa Peringkat Kebangsaan.
iv) Melaporkan hasil dapatan ujian urin
v) Hasil ujian urin masih dihantar ke hospital untuk tujuan keputusan ujian urin secara klinikal
 
Agenda 2: Ucapan Wakil AADK (Encik Ishak)
i) Memperkenalkan pegawai negeri dan daerah yang hadir
ii) Mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2011.
iii) Harap tidak menghadapi masalah kekurangan jalur ujian urin
iv) Pada tahun 2012, akan mengajak Unit PPDa bersama-sama AADK menjayakan program Bersama Agensi terbitan Melaka FM.
v) Stastistik Penglibatan Murid dalam dadah mengikut Dewan Undangan Negeri.
 
Respond Dari Pengerusi : Unit PPDa JPN Melaka menyediakan laporan mengikut format Kementerian Pelajaran. Laporan mengikut Daerah. Harap AADK dapat membantu mengubahsuai laporan yang disediakan kerana mungkin akan berlaku kesilapan kedudukan sekolah mengikut DUN
vi) Memberi maklumat tentang Klinik Cure and Care.
 
Agenda 3: Ucapan Bahagian Farmasi (Penguatkuasa)
 i) Pada tahun 2012, memberi fokus kepada sekolah menengah dan agensi termasuk FELDA.
ii) Akan menggunakan kaedah Ceramah dan pameran
iii) Encik Loh meminta agar Unit Penguatkuasa Farmasi juga mempamerkan ubat-ubat kawalan.
 
Agenda 4: Ucapan PEMADAM
i) Pihak PEMADAM bersetuju membantu mengikut kadar yang mampu.
ii) Bincang terus dengan Setiausaha Kerja
 
Agenda 5: Pengurusan PPDa 2012
i) Pengerusi membentangkan program untuk tahun 2012.
ii) Cik Murni berharap agar program SHIELD dapat diawalkan ke bulan April
iii) Encik Loh memaklumkan bahawa tidak ada masalah jikalau dijalankan selepas 15 April 2012.
iv) Encik Ishak mencadangkan agar Bahagian Penguatkuasa Farmasi mengadakan pameran semasa ujian urin.- Disetujui
v) Encik Loh bertanya sama ada pada tahun 2012, ujian urin masih dibuat dalam 2 fasa.
vi) Encik Ishak memaklumkan bahawa pada tahun 2012, ujian urin akan dibuat dalam 2 fasa iaitu jalur dan klinikal.
vii) Karnival PPDa akan dijalankan di Melaka Mall. Tarikh-tarikh Karnival PPDa adalah seperti berikut:
        a) 21 April 2012 : Daerah Melaka Tengah
        b)  28 April 2012 : Daerah Alor Gajah
        c) 12 Mei 2012 : Daerah Jasin
        d) 19 Mei 2012 : Peringkat Negeri
viii) Berharap AADK, PEMADAM dan Bahagian Farmasi dapat membantu menaja Karnival ini.
ix) Acara-acara yang dipertandingan adalah Boria Rendah, Nasyid Menengah, Dikir Barat Menengah, Melukis Poster Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas, dan e-PPDa.
x) Pihak AADK memaklumkan program Waja Diri Murid Perempuan adalah sama dengan hasrat AADK untuk membantu murid perempuan. Berharap dapat libatkan AADK dalam program tersebut.
xi) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas tawaran yang diberikan.
 
Hal-hal lain:
i) PEMADAM; Minta JPN Melaka dapat menghantar 10 orang guru perempuan sebagai  wakil untuk program PEMADAM di Auditorium Al Azim.
ii) Bengkel akan diadakan  dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang
iii) AADK: Minta agar jadual ujian urin dapat dihantar lebih awal agar persiapan dapat dilakukan
iv) Program Cure and Care adalah secara sukarela dan tidak ada paksaan
v) Pengerusi mencadangkan agar ibu bapa murid yang positif ujian urin dimaklumkan tentang perkhidmatan Cure and Care.
vi) Encik Ishak bertanya sama ada program PROSIDAR masih dteruskan.
vii) Pengerusi memaklumkan bahawa  program PROSIDAR masih diteruskan dan pemantauan dibuat dari masa ke semasa terutamanya bulan Puasa.
viii) Program Cuma 5 MInit Anti Dadah berjalan seperti yang dirancang.
ix) Pihak sekolah boleh menghubungi AADK, PEMADAM, dan Bahagian Farmasi untuk tujuan pameran dan ceramah. Tidak perlu melalui Jabatan Pelajaran Melaka.
x) Pengerusi berharap PPD dapat turut serta dalam Ujian Urin dan Program PPDa agar Pegawai PPD yang hadir mesyuarat  Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) peringkat daerah dapat memberi laporan semasa mesyuarat tersebut.
 
Ucapan Penutup
Pengerusi berharap PPD, AADK, PEMADAM dan Bahagian Farmasi dapat terus membantu Unit PPDa Jabatan Pelajaran Melaka membanteras masalah penyalahgunaan dadah, rokok, inhalan, arak dan penyebaran HIV Aids di kalangan warga pendidikan,
   
   
   
   
Comments