Pengenalan
Program Sahabat PPDa-Petronas adalah satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dan Petronas untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan pencegahan dadah. Untuk tujuan tersebut 50 orang pemimpin murid telah dilatih sebagai fasilitator bagi mengendalikan program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah menengah kelak.
Kursus yang diadakan dari 8 hingga 10 Mac 2010 ini telah dijalankan di Kompleks Sukan Negara, Saujana Asahan, Asahan, Melaka. Kursus ini dilaksanakan dengan khidmat 6 orang fasilitator iaitu
Omar Sharif bin Marzuki (SMK Tinggi Melaka) |
Azizan B. Jaafar (SMK Dang Anum) |
Sivalingam A/L Muniyandy (SMK Pulau Sebang) |
Zulhelmi B Setapa (SMK Tun Perak) |
Melur Bt Baderun (SMK Bukit Katil) |
Ngiow Jen Ai (SMK Norte Dame) |
Kami juga mendapatkan khidmat Encik Muhaidin Tamby dari SMK Nyalas yang bertindak sebagai Pengurus Kursus. Selain itu, beliau juga dibantu oleh Encik Jamal dan rakan-rakannya yang bertindak sebagai jurupandu untuk slot Ikthiar Hidup.
Dengan adanya kursus seperti ini dapat membantu Unit Pendidikan Pencegahan Dadah melatih lebih ramai pemimpin murid untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah. Murid-murid inilah yang akan menentukan kejayaan Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.
| |
|