KURSUS FASILITATOR PPDa-PETRONAS SEKOLAH RENDAH

Kursus Fasilitator PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah telah diadakan di Majlis Sukan Negara Saujana Asahan pada 29 hingga 31 Mac 2010. Program yang disertai oleh 54 orang murid ini bertujuan untuk membentuk sekumpulan murid yang berupaya membantu guru-guru mengendalikan program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah. Selain itu program ini bertujuan untuk melatih peserta menjadi fasilitator dalam Orientasi PPDa-Petronas yang akan diadakan pada 28 April 2010 di SK Batu Berendam 2.
Unit PPDa ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Jamil bin Ahmad (SK Kem Gerak Khas), Cikgu Zamrie (SK Masjid Tanah), Cikgu Jalaludin (SK Ayer Molek), Cikgu Ariff (SK Parit Melana), Cikgu Marhaini (SK Jasin), Cikgu Loh Siew Cheng (SJKC Cheng), Cikgu Norbaya (SK Taman Bukit Rambai) atas kejayaan mengendalikan program ini. Unit ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Pegawai Khas Dadah Daerah - Encik Majid (Melaka Tengah), Encik Fuad (Jasin), Encik Nezam (Alor Gajah) dan Cikgu Muhaidin Tamby (SMK Nyalas) atas sumbangan tenaga dan menyelaraskan aktiviti dengan para fasilitator.
Majlis Penutup program ini disempurnakan oleh Encik Badrul Hisham Abd Karim (Penolong Pengarah Sektor Intervensi, Kesihatan dan Asrama - Kementerian Pelajaran Malaysia).
Jumpa lagi pada 28 April 2010 di SK Batu Berendam 2.
 
 
 
 
   
 
 
 
     
 
 
 
     
 
 
 
     
 
 
 
     
 
 
 
     
 
 
 
     
 
 
 
     
 
 
 
     
 
 
 
     
 
                                                                                                                                 
Comments