Navigation

Ternak Arnab Hias Dan Pedaging

Kebun Arnab Ar Rasya

Koleksi Arnab2 Kami
 
 
 
Saya lampirkan pada picasa, gambar2 koleksi arnab-arnab kami. Saya merasa bersyukur kerana site ini telah banyak menemukan saya dengan pelanggan2 yang dihormati. Yang menariknya, lebih ramai customer yang terjumpa kami disite ini dari iklan2 kami yang lain yang kami "up" kan diportal2 umum seperti di Mudah.my, Sheryna dan 88dB. 
 
Sites ini hanyalah sekadar memberi sedikit info tentang koleksi arnab-arnab kami .  Kami membekalkan arnab pada peniaga-peniaga pet sekitar bandaraya Melaka dalam masa yang sama kami juga menjual arnab secara terus pada pelanggan2 yang menemui iklan-iklan kami di portal-portal awam. Apapun stok sentiasa berubah dari masa ke semasa.
 
Buat mas sekarang, kami lebih tertumpu membekalkan arnab-arnab pet dari jurusan Teddy bear dan Wooly toy yang berasal dari thailand. Setakat ini jualan baka-baka tersebut amat memberangsangkan selain baka English Angora (E.A) dari Indonesia.
 
Kami tidak mengambil deposit dari sesiapa, bererti tiada siapa juga akan hilang deposit, cuma keutamaan adalah terhadap pihak yang berkunjung ke kebun kami.
 
Pada bulan November and Disember yang lalu, semua rakan-rakan penternak arnab Melaka mengalami stok "kering-kontang" gara-gara kerancakan jualan sempena cuti akhir tahun. Kunjungan pelancong ke negeri Melaka ini secara tidak lansung membantu meningkatkan hasil jualan kami. Terima kasih atas usaha semua pihak.
 
Kepada pelanggan-pelanggan kami, terima kasih kerana mendapatkan pet anda dari kami.
Jangan lupa perkara dibawah, jika anda seorang pemelihara arnab yang penyayang.
 
  • Sayangilah arnab-arnab anda,
  • Mereka itu juga adalah makhluk Allah yang ada perasaan, layanilah ia sewajarnya.
  • Jika mereka sakit, cepat2 dapatkan rawatan dari mereka yang bertauliah.
  • Kenalpasti rujukan veterinar sebelum memelihara arnab ini, supaya anda tahu kemana hendak dirujuk jika arnab2 anda sakit.
  • Pelajarilah ilmu tentang jenis-jenis penyakit arnab, teknik pemakanan dan penjagaannya.
  • Pelajari juga hukum-hakam dan peraturan Islam sebelum mengembiri/kasi arnab2 anda.
  • Jangan abaikan makan minum arnab-arnab anda, kerana tanpa kasih sayang dari anda siapalah mereka.

SELAMAT BERGEMBIRA DENGAN ARNAB ANDA.

 

Antara Gambar Arnab Yang Dihasilkan Di Kebun Kami
 
 
Teddy Bear - RM80 sekor
 
 
Wooly Toy - RM80 sekor
 
Angora - RM80 sekor
 
 
 
 
Broken Black & White "Melaka Cute". - RM40
 
 
Broken Castor & White - RM 40 
 

 Memelihara atau menternak arnab adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Permintaan terhadap arnab samada dalam pasaran haiwan peliharaan mahupun industri pedaging meningkat dengan begitu ketara kebelakangan ini

Nama saintifik bagi arnab adalah Oryctolagus spp. Diketegorikan sebagai haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Struktur tengkorak arnab adalah ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat

 
.  
 
 
Sehingga ini, kebanyakan arnab hanya menjadi haiwan peliharaan di rumah dan aktiviti penjagaannya dianggap sebagai satu hobi yang menggembirakan. Tetapi, tahukah anda bahawa daging arnab juga enak dimakan dan mempunyai potensi yang luas untuk diperkembangkan di pasaran tempatan dan di peringkat antarabangsa?
 
Dalam beberapa penemuan terkini daging arnab dikatakan mengandungi ketotifen iaitu bahan yang mujarab dalam pembasmian dan rawatan penyakit asma. Ia juga dikatakan mujarab sebagai bahan alternatif dalam perawatan penyakit  yang berkaitan dengan masalah paru-paru.
 
Bahagian yang paling mujarab terletak pada hati arnab. Untuk mempertahankan kadar gizi dan kandungan ketotifen ini, sebaiknya ia dimasak menggunakan konsep merebus.
Kepala arnab yang terdapat otak di dalamnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan wanita.
 
Hati arnab juga mempunyai composisi yang baik untuk mengubati penyakit asma. Dagingnya yang terkenal dengan kadar protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah adalah amat baik untuk kesihatan.
 
Manakala penis serta testis haiwan ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga dalaman kaum lelaki.

Maklumat diatas dipetik dari tulisan risalah Cina lama dan ahli-ahli homeopati antarabangsa terutamanya dari Pakistan.
 
Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita mula berjinak-jinak dalam aktiviti pemakanan daging arnab. Adalah lebih baik lagi jika anda memulakan langkah pertama untuk menjadi pengusaha penternakan arnab mulai hari ini.
 
Potensinya sangat cerah, kempen memakan daging arnab ini perlu digerakkan secara komprehensif oleh kita semua agar lebih ramai pihak akan mendapat kebaikan dari sumber protein kurniaan Allah  yang halal lagi suci ini.
 
Dapatkan anak-anak arnab dari baka terpilih dari Kebun Arnab Ar- Rasya terletak di Kampung Semabok , Melaka.
 
Kami ada menjual anak-anak arnab dari pelbagai baka terpilih seperti Dutch, Angora, Lion Head , Cashmere Lop, serta baka-baka tempatan yang terhasil dari usaha kacukan yang kami jalankan.
 
 
 
     
 

Hala-Tuju Penternakan Arnab Pedaging

Sejak akhir-akhir ini, pertanyaan mengenai arnab pedaging semakin diminati oleh masyarakat Malaysia. Di pasaran antarabangsa pula, semenjak merebaknya virus nipah terhadap khinzir dan virus selesema burung terhadap ayam & itik , daging arnab telah menjadi alternatif terbaik. Banyak persatuan dan badan-badan kerajaan negara-negara tertentu telah mula mengambil langkah-langkah positif bagi mempertingkatkan pengeluaran arnab.

Amat malang sekali, di Malaysia ini pihak-pihak yang sepatutnya mengambil bahagian secara serius kearah usaha itu, sekadar mengambil dasar tunggu dan lihat. Di beberapa negara lain hospital-hospital mereka telah pun menggantikan menu daging ayam kepada daging arnab, perusahaan sosej & burger pun kini telah menambah variasi produk mereka dengan peghasilan produk  berasaskan daging arnab.

Dari tinjauan kami terhadap permintaan daging arnab masakini, ada pengusaha yang terkebil-kebil,  apabila ada pihak yang berhasrat untuk memborong 10,000 ekor arnab sebulan. Tapi hakikatnya angka itu dianggap kecil berbanding dengan permintaan sekarang. Langkah segera perlu diambil.

Sebenarnya penternakan arnab pedaging sudah  bermula pada hujung era 80an, namun kehangatan komoditi itu hanya sementara, gara-gara peningkatan harga dedak pada masa itu dan ditambah lagi dengan kegagalan pelan pemasaran untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang khasiat daging arnab serta prospektif perusahaan arnab itu sendiri.

Mungkin juga kerana ketiadaan medium perantaraan pada masa lalu, pengeluar dan pembeli tidak dipertemukan, tapi hari ini wadahnya berbeza, Internet sudah menjadi medium pengataran yang baik. Para peternak sudah boleh berbincang didalam forum atau blog, pasaran juga mudah dicari atau 'dicipta'.

Memang perusahaan arnab pedaging berada pada zaman susah sebelum ini. Arnab bukanlah komoditi penting, yang diperlukan oleh masyarakat. Kerajaan sendiri pun tidak merasa perlu untuk campur tangan dalam menentukan harga arnab. Berbeza dengan harga lembu, ayam, kambing atau komoditi penternakan lain yg termasuk kedalam komoditi utama.

Pada ketika harga daging lembu & ayam melonjak, kerajaan mengambil langkah segera dalam mengawal kenaikan harga tersebut, Begitujuga jika harganya turun, usaha pengawalan stok segera dilakukan. Tapi berbeza pada ketika harga arnab susut pada RM3~RM4 /kilo satu ketika dahulu, tiada siapa yang mempertahankan penternak arnab pada masa itu. Maka pasaranlah  yg akan menentukan harga arnab. Kesan dari itu, satu demi satu penternak arnab era 90an, tersembam, tersungkur dan melingkup menggulung tikar.

 Hal ini jugalah yg menyebabkan harga arnab disesebuah daerah itu tidak selari dan berbeza-beza. Sehingga jika kita ingin memulakan usaha penternakan arnab pedaging ini, kita harus melakukan survei pada harga pasaran terlebih dahulu dan melakukan perhitungan untung-ruginya.

Namun, masalah hari ini sudah berbeza, tatkala para saintis meuar-uarkan kehebatan khasiat daging arnab, bekalannya pula sudah amat sedikit. Penternak-penternak dahulu telah serik. Maka bagaimanakah usaha penternakan arnab ini dapat dihidupkan semula?. Beberapa pendekatan perlu diambil

1-Jabatan2 Kerajaan serta agensi perlu membantu para penternak dalam mendapatkan baka-baka terpilih seperti New Zealand White dan California.

2-Khabarkan pada semua bahawa penternak bahawa pengunaan baka kecil tempatan adalah tidak ekonomi untuk industri pedaging, begitu juga dalam pengunaan baka-baka jurusan "GIANT" adalah tidak sesuai kerana nisbah berat daging: tulang buleh mendatangkan kerugian pada para penternak. Tempoh pembesarnya agak lambat makan kos pemakanan akan meningkat. Jadi, arnab jenis besar juga, bukanlah satu-satunya kriteria untuk menentukan baka ideal.

Masalah penternakan arnab pedaging hari ini adalah, jumlah order yg sering kali tidak sesuai dengan kemampuan peternak. Kebanyakan P.O  datang meminta daging arnab dalam jumlah yg sangat besar serta secara konsisten.

Bayangkan saja, rakan kami pernah mendapatkan permintaan daging arnab (sudah disembelih) sebanyak 5 ton!! Umumnya berat karkas arnab adalah 33% (sepertiga) dari berat hidup, ertinya jika arnab  hidup memiliki berat 3kg, maka saat disembelih berat dagingnya hanya sekitar  1kg saja. Jika P.O tersebut menuntut jumlah sebanyak 5 ton daging arnab/bulan maka kita harus menyiapkan 15 ton arnab hidup, atau 5000 arnab/bulan.

Tentu ini bukan perkara yg mudah, banyak aspek yg harus difikirkan, bermula dengan tempat penyembelihan, pekerja, freezer,dll. Dan pastinya  P.O seperti itu biasanya bersifat profesional, yakni jika kita tidak mampu memenuhi P.O tersebut sepertimana dalam ageement perjanjian, maka kita akan dikenakan denda. Ini sangat rumit !!, tapi itulah cabarannya, yang berjaya melepasinya akan muncul sebagai pemenang. Ganjarannya satu perniagaan yang sangat menguntungkan.....fikir-fikirkanlah.

 

 
 Mengenal Jantina Arnab
 
 
Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan.

Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Rujuk gambarajah dibawah sebagai panduan.
 
                     
 
Alat kelamin arnab jantan berbentuk bulat dan mengunjur ke dubur manakala alat kelamin arnab betina berbentuk memanjang megunjur ke dubur.
 
 
 
Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina  dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan.
 
 
    
    
 
 
 
 
 Hubungi Kami :
 H/P : 016-6490062
 
GALERI PHOTO AR RASYA
 
  
 

PicasaWeb Slideshow

   
      
 

PicasaWeb Slideshow

    
 SIAPA KAMI  ?  
 
Kami hanyalah, sebuah keluarga Melayu Islam yang mengusahakan penternakan arnab secara kecil-kecilan disekitar halaman rumah. Menternak arnab di belakang rumah bagi menambah sedikit pendapatan.
 
Saya adalah seorang pekerja industri Plastik di Merlimau.
 
Niat asal memelihara arnab ini hanyalah sekadar suka-suka pada tahun 2006. Bermula dengan anak-anak yang merengek meminta dibeli arnab dengan "Duit Raya" mereka. Kami membeli sepasang arnab baka tempatan. Biasalah, bila arnab-arnab kami itu berkembang biak, maka terpaksalah kami mencari pasarannya, jika tidak, pastinya kami tidak mampu nak membiayai kos makanannya.
 
 
 Link-link yang berkaitan:
 
1-Teknik penternakan arnab ( Pautan Dari Laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia)
 
TIPS PENTERNAKAN/ MENGURUSKAN ARNAB
 
MENGAPA ARNAB MENGGIGIT ??
  • Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
  •  Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
  • Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih .
  • Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
  • Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
  • Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik untu meletakkan tangan anda dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
  • Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan
   
DAGING ARNAB, BAIK UNTUK KESIHATAN
 
 Bandingkan Kadar Protein, Lemak, Kalori Dan Kolestrol Dalam Daging.  

Sumber Dari :Wisconsin Meat Facts and Analysis, Fact Sheet ME 87-3, USDA Handbook

 

Daging

Protein(%)

Lemak(%)

Kalori (per oz.)

Kolestrol (mg per oz.)

Arnab

22.8

6.3

44

55

Lembu

29.9

10.1

61

73

Ikan Keli

22.3

5.9

40

20

Ayam

28.9

7.4

54

80

Kambing

28.1

9.5

58

78

Khinzir

27.7

14.8

60

72

Ayam Belanda

28.9

4.9

48

65

 
 
FAKTA-FAKTA LAIN MENGENAI ARNAB
  • Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
  • Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
  • Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
  • Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
  • Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
  • Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
  • Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
  • Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
  • Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
  • Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
  • Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”.
  • Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
  • Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
  • Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
  • Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
  • Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
  • Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.
 

Visits

 
 
 
 
Sub-laman (1): Arnab Jenis Rex
Comments