Home - Ada Copy‎ > ‎

Rumah


Tajuk Berkaitan

Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan.    Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Tiada berorang di rumah.    Anak perempuan yang belum bersuami tetapi sudah rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada berorang di air).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Seperti tekek di rumah tinggal (= di rumah kosong).    Amat daif. tekek = tokek.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Seperti tetaguk di rumah tinggal.    Bekerja sendirian, tetapi riuh bunyinya. tetaguk = burung pungguk.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sawah luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak.    Orang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sebagai di rumah induk bako.    Merasa aman dan tenteram. bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah buruk disapu cat.    Perempuan tua yang suka bersolek.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah gedang bersendi perak.    Bangsawan lagi kaya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah gedang ketirisan.    Perempuan yang tidak membawa bahagia kepada suaminya. ketirisan = kebocoran.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah (= tempat kediaman) mana yang tidak bersampah.    Tak ada sesuatu yang tak ada cacatnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah sudah tukang berbunuh (= dibunuh).    Hukuman yang tak dapat dibanding (apel) lagi.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.    Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).    Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Rumah tinggal sarang hantu, orang bujang sarang fitnah.    Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.    Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.    Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Naik ke rumah bercuci kaki saja.    Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kawin [kahwin] naik basuh kaki saja).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Membawa perut ke rumah orang.    Selalu bertandang makan ke rumah orang.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Memperlihatkan rumah buruk kepada orang maling.    Menunjukkan kemiskinan diri kepada orang lain.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Mengalih kain di balik rumah, mengalih kata berdepan.    Memungkiri janji secara mendadak.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kubur kata mari, rumah kata nanti.    Orang yang sudah lanjut usianya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Gajah terum di tengah rumah.    Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Dalam rumah membuat rumah.    Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu.    Suka bertandang dan makan di rumah orang.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.    Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti Belanda minta tanah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah.    Tidak menepati janji.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Bagai bertandang ke rumah janda.    Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam.    Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

rumah    kediaman, tempat tinggal, pondok, istana, banglo, teratak, panti, gedung, pejabat, wisma, balai, dewan, bangunan, asrama, pangsapuri, iglu, dangau, cungkup, bumbung, khemah, kandang, reban, sarang, sangkar    Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)

rumah    1 bangunan utk tempat tinggal: Siapa yg tinggal di ~ yg besar itu? 2 sebarang bangunan secara umum; gedung: ~ BP Kuala Lumpur. 3 pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: Dlm perlawanan bola sepak, pasukan ~ merah akan melawan pasukan ~ biru. 4 = ~ angka bahagian dlm susunan angka: ~ sa; ~ puluh; ~ ratus. ~ apimenara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. ~ asap bangunan tempat mengasapi getah (supaya kering). ~ berhala rumah tempat memuja berhala. ~ dapur bahagian rumah tempat memasak. ~ haram rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan tanpa izin pihak yg berkuasa. ~ibadat rumah tempat orang beribadat (spt masjid, gereja, kuil dll). ~ ibu (induk) bahagian rumah yg terbesar atau yg utama. ~ kedai bangunan tempat kedai. ~ kilat rumah haram yg didirikan dgn cepat. ~ murah rumah yg murah harganya. ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. ~panjang rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. ~ pasung rumah tempat menahan orang salah. ~ sakit rumah tempat merawat orang sakit; hospital. rumah-rumah 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. berumah 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. berumahkan menggunakan sesuatu sbg rumah: Orang-orang zaman dahulu ~ gua. perumahan 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. serumah 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka tinggal ~. menyerumahkan menempatkan (meletakkan) dlm satu rumah.    Kamus Pelajar

rumah-rumah    1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan.    Kamus Pelajar

rumah tangga    1 segala yg berkaitan dgn urusan rumah atau kehidupan dlm rumah. 2 perkahwinan: ~ yg bahagia mendirikan ~ berkahwin. berumah tangga berkahwin (sama ada beristeri atau bersuami).    Kamus Pelajar

~ rumah tangga    isteri.    Kamus Pelajar

baris rumah(home row)    Baris kedudukan kekunci yang digunakan sebagai tempat rehat atau tempat untuk menempatkan jari pada papan kekunci untuk tujuan penaipan pantas.    Kamus Komputer

buatan rumah(homebrew)    Berkenaan perkakasan atau perisian yang dibina sendiri, bukan dibeli.    Kamus Komputer

kekunci rumah(home key)    1. Kekunci yang digunakan untuk mengembalikan kursor ke kedudukan permulaan paparan. 2. Kekunci baris yang merupakan tempat permulaan kedudukan jari bagi penaipan pantas.    Kamus Komputer

komputer rumah(home computer)    Komputer kecil yang sesuai digunakan di rumah bagi tujuan permainan, pengawalan rumah, pengajaran, dan urusan kerja.    Kamus Komputer

pengautomatan rumah(home automation)    Penggunaan teknologi komputer dan sistem elektronik untuk mengawal keselamatan dan mengendalikan peranti rumah secara automatik supaya dapat memberi keselesaan kepada penghuni.    Kamus Komputer

rekod rumah(home record)    Rekod pertama dalam satu jujukan rekod yang digunakan sebagai asas merujuk rekod lain.    Kamus Komputer

rumah I    1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya dibahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ api menara api (mercu suar); ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat memasukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di belakang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat pertemuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (sebandung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id panggung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liarbp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung limarumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyetrumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantainya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah pelacuran; b) rumah kediaman orang Bidayuh, Iban dsb di Borneo; ~ pasung rumah tempat menahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal (pelacur); ~ penginapan (pemalaman †) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesanggarahan Id = ~ persinggahan rumah perhentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat menyembelih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) terutamanya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbukamajlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidilfitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpangan rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubatId kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran;~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi;serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua perempuan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (beristeri atau bersuami);menyerumahkan meletakkan (menaruhkan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya?rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah;berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll);berumahkanmenjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn † pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan.    Kamus Dewan Edisi Tiga

rumah-rumah    1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah;    Kamus Dewan Edisi Tiga

rumah II    ~ langsuyar sj tumbuhan (paku-pakis), daun samun, paku pandan, selimber, Neottopteris nidus.     Kamus Dewan Edisi Tiga

rumah tangga    perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg mendiaminya;berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu.     Kamus Dewan Edisi Tiga

alas rumah    ark asas rumah (dasar rumah);    Kamus Dewan Edisi Empat

beralih rumah    berpindah rumah;    Kamus Dewan Edisi Empat

anggaran rumah tangga    Id peraturan yg menghuraikan atau meleng­kapkan anggaran dasar;    Kamus Dewan Edisi Empat

bahan rumah    barangbarang pembuat rumah    Kamus Dewan Edisi Empat

mengendalikan bahtera rumah tangga    mengendalikan kehidupan berumah tangga atau berkeluarga.    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah sebandung    dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah banglo    rumah sebuah (tidak berangkai dsb) yg besar dan mempunyai kawasan yg tersendiri.    Kamus Dewan Edisi Empat

pembantu rumah    seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji.    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah terbuka    rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb);    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah cakela    rumah pelacuran.    Kamus Dewan Edisi Empat

cencorot rumah    Suncus murinus;    Kamus Dewan Edisi Empat

cencurut rumah    Suncus murinus;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah datuk    rumah berhala;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah gadai    tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sbg cagaran;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah gedang    rumah keluarga;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah geladak    kabin yg berbentuk rumah di atas geladak kapal.    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah (sakit) gila    rumah sakit tempat menggubat orang gila;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah bergonjong    rumah yg bumbungnya tirus (lancip) ke puncak (spt rumah Minangkabau).    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah haram    rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah ibu    bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah;    Kamus Dewan Edisi Empat

induk rumah    rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah);    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah instansi    rumah utk pegawai kerajaan.    Kamus Dewan Edisi Empat

isi rumah    seluruh penghuni rumah;    Kamus Dewan Edisi Empat

seisi rumah    seluruh isi rumah;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah jaga    rumah tempat orang berkawal;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah penjelasan    (Eko) tempat menye­­lesaikan pembayaran cek dll antara bank;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah kampung    rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah kedai    bangunan tempat tinggal dan juga berniaga;    Kamus Dewan Edisi Empat

kelawar rumah    Scotophilus kuhli;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah kemas    rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik);    Kamus Dewan Edisi Empat

berkemas rumah    membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah keong    kulit siput keong.    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah kit    rumah (kedai) tempat menjual candu.    Kamus Dewan Edisi Empat

gedung (rumah) komidi    bangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah kongsi    rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll);    Kamus Dewan Edisi Empat

lalat rumah    sj lalat yg biasa terdapat di rumah, Musca domestica;    Kamus Dewan Edisi Empat

layang-layang rumah    Apus affinis.    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah liar    Id rumah haram;    Kamus Dewan Edisi Empat

limpapas rumah nan gedang    ki puji-pujian bagi perempuan yg menjadi suri rumah.    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah madat    tempat orang membeli dan menghisap madat;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah miskin    rumah tempat orang-orang miskin dijaga;    Kamus Dewan Edisi Empat

nyonya rumah    pe­rempuan tuan rumah, perempuan yg em­punya (memiliki) rumah.    Kamus Dewan Edisi Empat

orang rumah    a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah pajak    tempat menggadaikan barang­-barang;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah palas-palas    rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll.    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah panggung    a) rumah yg bertiang (tinggi); b) rumah bertingkat;    Kamus Dewan Edisi Empat

pangkal rumah    bahagian rumah di sebelah atas tangga;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah pangsa    satu set bilik serba lengkap yg digunakan sbg tempat kediaman;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah papak    rumah yg atapnya tidak merunjung (datar);    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah papan    rumah yg dindingnya drpd papan;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah pasung    a) balai polis; b) penjara, kurung­an, tempat tahanan;    Kamus Dewan Edisi Empat

pecah rumah    memasuki rumah utk me­rompak;    Kamus Dewan Edisi Empat

perabot rumah    perkakas rumah (kerusi, meja, dll);    Kamus Dewan Edisi Empat

perkakas rumah    benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot;    Kamus Dewan Edisi Empat

rumah piatu    rumah tempat memelihara anak-anak piatu;    Kamus Dewan Edisi Empat
Comments