LAMAN UTAMA
Updated Mar 20, 2014, 6:19 PM
CIKGU SITIAMI ONLINE- BAHASA MELAYU UPSR
Use template

JOM BERSAMA CIKGU SITIAMIRAMLAN

TAKWIM PEPERIKSAANN

INFO GURU SK BANDAR RENGAM

KAMUS DBP DIGITAL

584days since
PEPERIKSAAN UPSR

Klik jika anda suka

I LUV ISLAM

Sajak Guru Oh Guru

Recent site activity

PERIBAHASA MELAYU

BIDALAN

posted Jan 27, 2012, 6:16 PM by Siti Ami Ramlan

Definasi/maksudnya:

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.

Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong.

  1. ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak mendatangkan rezeki.

  2. air yang tenang janngan disangka tiada buaya - jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.

  3. ada udang disebalik batu - mempunyai niat sesuatu disebalik pertolongan yang diberikan.

  4. alah bisa tegal biasa - pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.

  5. baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang - kita hendaklah merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki, bukan menjadi sombong.

  6. belum duduk sudah belunjur - membuat sesuatu kerja yang belum sampai masanya.

  7. bumi mana tidak ditimpa hujan - setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.

  8. biar genting jangan putus - lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.

  9. besar periuk, besarlah keraknya - semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya.

  10. bertemu buku dengan ruas - seseorang yang bertemu lawan yang sama kuat.

  11. biar tersengat, jangan tertiarap - lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita.

  12. biar lambat asalkan selamat - membuat sesuatu kerja dengan berhati  - hati supaya sempurna.


BANDINGAN SEMACAM

posted Jan 27, 2012, 6:03 PM by Siti Ami Ramlan   [ updated Jan 27, 2012, 6:05 PM ]

Definasi/maksudnya: Bandingan semacam adalah perkataan yang menunjukkan keadaan sifat seseorang atau benda secara perbandingan.Sifat yang ditonjolkan itu adalah jelas melalui perkara yang dijadikan bandingan tersebut.Tujuan perbandingan semacam adalah untuk menguatkan makna sesuatu ucapan.Perkataan yang selalu digunakan ialah macam,seperti,bagai,dan laksana.

 

Contoh:

 

Bil

Bandingan Semacam

Maksud

1

Adil seperti hakim

Orang yang sangat adil.

2

Alim seperti ulama

Orang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama dan mengamalkannya dalam kehidupan.

3

Bebas bagai burung

Sangat bebas

4

Berani seperti harimau

Sangat berani

5

Bodoh seperti lembu

Seseorang yang sangat bodoh

PERIBAHASA MELAYU

posted Oct 13, 2009, 12:54 AM by Siti Ami Ramlan   [ updated Jan 26, 2012, 9:49 PM ]

Definasi- merupakan rangkai kata yang digunakan untuk melambangkan tentang sesuatu kepada seseorang. Ia adalah merupakan kata-kata yang digunakan secara berhemah walaupun sebenarnya adalah sindiran untuk menyedarkan dan menasihati seseorang.

Diantara peribahasa dan maknanya;

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.


SIMPULAN BAHASA

posted Oct 13, 2009, 12:53 AM by Siti Ami Ramlan   [ updated Jan 26, 2012, 9:53 PM ]

Definasi- merupakan kata yang digunakan untuk menunjukkan maksud yang tertentu. Digunakan secara berhemah walaupun maksudnya mempunyai perlambangan yang kurang elok.

Di antara peribahasa dan maksudnya;

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat


PENJODOH BILANGAN

posted Oct 13, 2009, 12:52 AM by Siti Ami Ramlan   [ updated Jan 30, 2012, 1:47 AM ]

Definasi- merupakan kata yang digunakan untuk menunjukkan bilangan sesuatu benda sama ada hidup atau mati.

Di antara penjodoh bilangan;

Perkataan Erti/Kegunaan Contoh
angkatan kumpulan seragam seangkatan tentera
baris kumpulan benda dalam bentuk garis lurus sebaris ayat
batang benda panjang atau tinggi sebatang sungai, sebatang pokok
bentuk benda yang melengkung sebentuk cincin
berkas ikatan atau susunan seberkas kayu api
bidang benda yang luas sebidang tanah
biji 1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilah benda yang tajam sebilah pedang
buah 1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
buku benda yang berbongkah sebuku sabun
bungkus benda dalam bungkusan sebungkus nasi
butir benda yang kecil sebutir peluru
carik kepingan yang dicarik secarik kain
cebis potongan, serpihan secebis kaca
cekak benda bersaiz secekak jari secekak sirih
cubit sedikit secubit garam
cucuk benda yang ditusuk dengan lidi secucuk sate
das tembakan 21 das tembakan meriam
deret benda-benda dalam sebarisan sederet kedai
ekor haiwan seekor ayam
gugus benda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan segugus anggur
gelung benda yang berlingkar segelung tali
gemal sama dengan "cekak" segemal padi
genggam benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan segenggam beras
gulung benda yang digulung segulung kain
gumpal 1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helai benda yang nipis dan lebar sehelai baju
hidangan kumpulan makanan dan minuman yang disajikan sehidangan kuih-muih
hiris potongan nipis sehiris daging
ikat benda-benda yang diikat rapat seikat kayu api
jambak karangan (bunga dll.) sejambak bunga
jambangan benda dalam pasu atau belanga sejambangan bunga
jemput benda-benda yang diambil dengan hujung jari sejemput pasir
kaki
sekaki payung
sekaki cendawan
kandang haiwan dalam kandang sekandang kambing
kapur sirih sekapur sirih
kawan kumpulan haiwan sekawan lembu
kelompok kumpulan, gugusan sekelompok pulau
kepal gumpalan beberapa kepal nasi
keping kepingan, potongan sekeping kertas
kepul gumpalan asap atau awan yang tebal sekepul asap
kerat baahgian, potongan sekerat tulang
ketul gumpalan, ketulan seketul daging
kotak benda dalam kotak sekotak bijirin sarapan
kuntum bunga sekuntum bunga merah
laras senjata selaras senapang
lembar benda yang panjang dan luas bidangnya sebidang kain
lingkar sama dengan "gelung" selingkar tali
longgok himpunan, timbunan selonggok sampah
naskhah salinan bahan bacaan bersiri senaskhah majalah
orang manusia dua orang anak
papan kepingan sepapan petai
pasang benda yang berduaan sepasang kasut
pasukan kumpulan seragam sepasukan pemain bola sepak
patah perkataan sepatah kata
pintu bangunan sepuluh pintu kedai
potong kepingan yang dipotong sepotong kek
pucuk 1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk pistol
puntung keratan kayu yang pendek-pendek sepuntung kayu api
rangkap baris-baris karangan serangkap pantun
rawan menyatakan selengkap benda itu serawan jala
ruas bahagian di antara dua benda beberapa ruas tebu
rumpun kelompok, ikatan serumpun serai
sikat tangkai pisang sesikat pisang
sisir sama dengan "sikat" sesisir pisang
suap sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut sesuap nasi
tandan buah-buahan yang bergugus setandan pisang
tangkai bunga setangkai bunga
teguk sebanyak yang ditelan sekali seteguk air
timbun himpunan sesuatu yang bertindih-tindih setimbun sampah
titik titisan setitik air mata
tongkol 1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulas bahagian buah yang berbiji dll. seulas buah durian
untai rangkaian benda yg dicucuk seuntai manik
urat gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang dua urat gelang
utas benda yg berurai seutas jam tangan


Latihan 1.

Pilih jawapan kamu daripada senarai penjodoh bilangan di bawah:

batang, jambak, jambangan,kuntum, ruas, rumpun,tangkai




Terdapat se__________(1) tebu di halaman kami. Bapa menebang se_________(2) tebu. Abang sedang mengunyah se________(3) tebu. Kakak memegang se__________(4) bunga di tangan kanannya. Dia hampir siap menggubah se_________(5) bunga. Adik memegang se_______(6) bunga. Se__________(7) bunga terjatuh di atas meja.


Latihan 2.

Pilih jawapan kamu daripada senarai penjodoh bilangan di bawah:

gerombolan, orang, pasang, pasukan, rombongan




Se__________(1) suami isteri membeli rambutan daripada se penjaja. Se__________(2) samseng cuba merompak mereka. Se__________(3) peniaga yang berada di tingkat atas ternampak kejadian itu. Mujurlah se__________(4) polis sedang meronda berdekatan dan berjaya memberkas semua samseng itu.



Sumber daripada:
http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/si_botak.html


Penjodoh Bilangan

Penggunaan

baris

Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang

Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji

Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk

Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das

Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor

Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus

Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat

Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya

jambak

Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping

Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul

Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras

Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar

Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang

Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat

Untuk pisang

ulas

Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya

utas

Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya


1-5 of 5